Isnin, 17 Jun 2013

RAMADHAN AKAN MENJELMA LAGI ....

Alangkah bagus nya seandai nya di negara kita ada seperti ini ...


Menjelang Jun 2013 bersamaan 22 Rejab 1434, sebulan menjelang Ramadhan.

Saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan satu info menarik yang saya perolehi beberapa tahun lalu.

Sebuah institusi perbankan Islam di Indonesia, memberi bonus kepada staf-stafnya sebulan sebelum bulan Ramadhan.

Tujuannya adalah supaya para pekerjanya dapat membuat persiapan sambutan Aidil-Fitri lebih awal.

Kemudian, pada bulan Ramadhan mereka boleh fokus kepada amal ibadah yang besar fadhilatnya dan tidak perlu fikir tentang persiapan hari raya yang sudah disiapkan lebih awal.

Idea ini amat menarik untuk dipraktikkan.

Untuk kita mengharapkan agar majikan kita yang melakukannya mungkin agak sukar, tapi kita boleh mulakannya dengan diri kita sendiri.

Kita sendiri boleh menyusun atur jadual dan perancangan kewangan kita dari sekarang untuk membuat persediaan hari raya.

Cat rumah, baju raya, langsir raya, kuih raya dan segala macam persiapan raya boleh sediakan mulai sekarang. Di bulan ramadhan nanti, boleh fokus segala amal ibadat dari hari pertama hingga ke hujung Ramadhan.

Mudah-mudahan kita semua berjumpa dengan Ramadhan tahun ini dengan tenang.

Tiada ulasan: