Khamis, 4 Julai 2013

Asal Usul TAIWAN



Part 2 .

Dalam Pelayaran pulang dari pulau Labuan isteri Imam Perang Wan Ahmad , Daeng Khadija memaklumkan kepada suami beliau yang teringin sangat belayar ke negeri China . Imam perang Wan Ahmad bersetuju untuk ke pulau tersebut sambil berbulan madu .Meraka pun belayar lah merentasi lautan china selatan yang selama ini Daeng Khadija idamkan . Selama ini dia hanya mendengar cerita dari pedagang-pedagang china sahaja . Maka pada hari itu tercapai lah apa yang di idamkan selama ini .
Setelah satu (1 ) purnama belayar rombongan pasangan diraja Imam Perang Wan Ahmad dan Isteri Daeng Khadija telah sampai di sebuah pulau . Rombongan mereka disambut meriah oleh penduduk pulau itu . Rupa-rupa nya juragan kapal itu amat dikenali di pulau tersebut .
Pulau tersebut menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari india , arab , dan nusantara . Pedagang-pedagang menjadikan pulau tersebut menjadikan tempat persinggahan dan berdagang sebelum mereka meneruskan pelayaran ke negeri China dan jepun .Sebagai meraikan pasangan diraja dan juragan yang amat dikenali itu , penduduk pulau itu telah mengadakan majlis keramaian selama 2 hari 2 malam . Berpesta lah mereka dengan penuh kegembiraan .
Salah seorang penduduk pulau itu mengetahui cerita kegagahan Imam Perang Wan Ahmad yang telah berjaya menumpaskan lanun kepulauan Borneo yang di ketuai oleh Saad dan Said . Dia mengajak dan mencabar Imam Perang Wan Ahmad beradu tenaga. Dan beliau pun bersetuju dengan cabaran tersebut .
Imam Perang Wan Ahmad pun mempersembahkan dan meperlihatkan seni silat tangkal jeringnya . Melihat akan ketangkasan bermain senjata dan menghamburkan diri ke pucuk nyor ( kelapa ) , maka penduduk pulau serta pahlawan mereka menjadi gerun dan yang mencabar beliau tadi menarik diri dari pertandingan tersebut .
Ketua kampong pulau tersebut telah menawarkan kepada beliau menjadi pemerintah di pulau tersebut .Beliau dengan rasa rendah diri telah menolak permintaan ketua kampung . Ini kerana beliau telah mempunyai jawatan di istana kesultanan melayu Pahang dan lebih sayangkan tanahair tumpah darah nya . Namun begitu beliau mengatakan akan kesanggupan membantu sekiranya pulau tersebut memerlukan bantuan nya .
Keesokan hari nya Imam Perang Wan Ahmad dan Isteri Daeng Khadija ingin merangkat pulang ke negeri Pahang semula . Penduduk pulau berduyun-duyun keluar mengiringi rombongan dan disertakan pelbagai hadiah dan buah tangan . Pedagang-pedagang turut mengiringi sebagai tanda terima kasih mereka kerana Imam Perang Wan Ahmad dapat menghapuskan Lanun-lanun yang selama ini banyak menganggu urusan perniagaan mereka .
Setelah pasangan diraja Imam Perang Wan Ahmad Dan Isteri belayar , penduduk pulau tersebut bersurai . Dalam perjalanan pulang kerumah masing-masing mereka terjumpa seutas tali leher ( tai ) yang bersulam benang emas tersangkut di sebatang tiang . Sungguh cantik tenunan nya . Penduduk bertanya milik siapakan tai tersebut dan ketua kampung menjawab itu tai Wan  . Penduduk pulau itu sepakat untuk memberi nama pulau itu dengan nama TAIWAN kebetulan pula pahlawan yang gagah dan berani .


Ikuti PART 3 .