Isnin, 17 Jun 2013

BACA SAMBIL TERSENYUM ....

Penyakit TB ( takut Bini )

AL KISAH , Pada zaman dahulu kala , Seorang raja yang takut bini , telah memerintahkan sekelian rakyat nya , LELAKI sahaja , berkumpul disuatu tempat seumpama stadium sekarang . Titah Raja : Wahai sekelian rakyat beta , sesiapa yang takut bini , semua berkumpul disebelah kanan beta . Dan sebaliknya di kiri beta . Maka , tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran kesebelah kanan baginda , kecuali seorang sahaja sambil memeluk sebatang tiang .

Titah Raja : ( dalam hati ) Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini .
Titah Raja : Wahai saudara , ke mari menghadap beta .
Lelaki       : Tuanku lah kemari , ke tempat patik .
Titah Raja : Eh ! kamu lah kemari .
Lelaki        : Tuanku lah kemari .
Titah Raja : Heh ! Aku raja kamu . Kamu kemari .
Lelaki        : Tuanku lah kemari .
Titah Raja : ( dalam hati ) Tak apa , ilmu punya pasal beta pergi . Lalu baginda pun mencemar duli ke                                tempat lelaki tadi . sesampai sahaja di tempat lelaki tadi baginda pun bertitah .
Titah Raja : Apakah rahsia sebenar nya kamu tidak takut bini ?
Lelaki        : Errrrrrr.... sebenarnya tuanku , patik lah orang yang paling takut bini .
Titah Raja : Kan tadi beta telah arahkan , sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan beta . Kenapa kamu                            ingkar arahan beta .?
Lelaki       : Sebenar nya tuanku , ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya TUNGGU                                  DITIANG  INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG .!

Baginda hampir tergelak tetapi buat-buat murka lalu memerintah kan pengawal menangkap lelaki tersebut dan di hukum penjara kerana menipu raja .

Sekian cerita ini hanya lawak sahaja  .  



1 ulasan:

ciceoc@m'lanton berkata...

takut xdpt ada la....haahaahaa