Jumaat, 22 November 2013

Khamis, 4 Julai 2013

Asal Usul TAIWAN



Part 2 .

Dalam Pelayaran pulang dari pulau Labuan isteri Imam Perang Wan Ahmad , Daeng Khadija memaklumkan kepada suami beliau yang teringin sangat belayar ke negeri China . Imam perang Wan Ahmad bersetuju untuk ke pulau tersebut sambil berbulan madu .Meraka pun belayar lah merentasi lautan china selatan yang selama ini Daeng Khadija idamkan . Selama ini dia hanya mendengar cerita dari pedagang-pedagang china sahaja . Maka pada hari itu tercapai lah apa yang di idamkan selama ini .
Setelah satu (1 ) purnama belayar rombongan pasangan diraja Imam Perang Wan Ahmad dan Isteri Daeng Khadija telah sampai di sebuah pulau . Rombongan mereka disambut meriah oleh penduduk pulau itu . Rupa-rupa nya juragan kapal itu amat dikenali di pulau tersebut .
Pulau tersebut menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari india , arab , dan nusantara . Pedagang-pedagang menjadikan pulau tersebut menjadikan tempat persinggahan dan berdagang sebelum mereka meneruskan pelayaran ke negeri China dan jepun .Sebagai meraikan pasangan diraja dan juragan yang amat dikenali itu , penduduk pulau itu telah mengadakan majlis keramaian selama 2 hari 2 malam . Berpesta lah mereka dengan penuh kegembiraan .
Salah seorang penduduk pulau itu mengetahui cerita kegagahan Imam Perang Wan Ahmad yang telah berjaya menumpaskan lanun kepulauan Borneo yang di ketuai oleh Saad dan Said . Dia mengajak dan mencabar Imam Perang Wan Ahmad beradu tenaga. Dan beliau pun bersetuju dengan cabaran tersebut .
Imam Perang Wan Ahmad pun mempersembahkan dan meperlihatkan seni silat tangkal jeringnya . Melihat akan ketangkasan bermain senjata dan menghamburkan diri ke pucuk nyor ( kelapa ) , maka penduduk pulau serta pahlawan mereka menjadi gerun dan yang mencabar beliau tadi menarik diri dari pertandingan tersebut .
Ketua kampong pulau tersebut telah menawarkan kepada beliau menjadi pemerintah di pulau tersebut .Beliau dengan rasa rendah diri telah menolak permintaan ketua kampung . Ini kerana beliau telah mempunyai jawatan di istana kesultanan melayu Pahang dan lebih sayangkan tanahair tumpah darah nya . Namun begitu beliau mengatakan akan kesanggupan membantu sekiranya pulau tersebut memerlukan bantuan nya .
Keesokan hari nya Imam Perang Wan Ahmad dan Isteri Daeng Khadija ingin merangkat pulang ke negeri Pahang semula . Penduduk pulau berduyun-duyun keluar mengiringi rombongan dan disertakan pelbagai hadiah dan buah tangan . Pedagang-pedagang turut mengiringi sebagai tanda terima kasih mereka kerana Imam Perang Wan Ahmad dapat menghapuskan Lanun-lanun yang selama ini banyak menganggu urusan perniagaan mereka .
Setelah pasangan diraja Imam Perang Wan Ahmad Dan Isteri belayar , penduduk pulau tersebut bersurai . Dalam perjalanan pulang kerumah masing-masing mereka terjumpa seutas tali leher ( tai ) yang bersulam benang emas tersangkut di sebatang tiang . Sungguh cantik tenunan nya . Penduduk bertanya milik siapakan tai tersebut dan ketua kampung menjawab itu tai Wan  . Penduduk pulau itu sepakat untuk memberi nama pulau itu dengan nama TAIWAN kebetulan pula pahlawan yang gagah dan berani .


Ikuti PART 3 .

Selasa, 25 Jun 2013

KISAH DONGGENG PAHLAWAN PERANG PAHANG .

part 1...











        Diceritakan suatu ketika dahulu pada penghujung kurun ke19 . Telah berlaku pelanunan di perairan Borneo yang di ketuai oleh saat dan said . Kesemua pahlawan dan askar kompeni inggeris tidak berjaya untuk menewaskan dan menumpaskan kumpulan lanun tersebut .

       Setelah habis cara dan iktiar sultan Brunai pada ketika itu terpaksa meminta bantuan dari dari sultan pahang dan residen pahang pada ketika itu Sir hudg Cliford untuk menewaskan lanun saat dan said itu .

     Oleh yang demikian residen pahang telah mencadangkan nama IMAM PERANG PAHANG WAN AHMAD untuk menyetelkan masalah lanun2 tersebut .

Imam perang pun berangkat ke kepulauan borneo seorang diri . Apabila beliau tiba disana dengan senang sahaja beliau dapat menumpaskan dan menewaskan lanun saat dan said yang selama ini menghantui para pedagang dan penduduk kepulauan borneo .

       Diatas kejayaan tersebut Sultan brunai telah mengurniakan bakal seorang isteri dan beliau pun bersetuju untuk memperisterikan Anak menteri brunai bernama Daeng Khadija .

       Setelah selesai urusan perkahwinan tersebut dan berangkat pulang ke pahang semula . Semasa keberangkatan pulang pasangan diraja tersebut diiringi oleh kapal 2 perang diraja brunai .

















    Pasangan diraja tersebutlah singgah disebuah pulau untuk mengambil bekalan air . Setelah selasai mengambil air Imam Perang Wan Ahmad tertinggal sebutir labu bekas air minuman.

    Disebabkan kegagahan Imam perang Wan Ahmad , penduduk pulau tersebut tidak berani untuk mengambil dan mengusik labu kepunyaan pendekar Wan Ahmad tersebut . Mereka memagar labu tersebut .

   Maka setiap penduduk kepulauan borneo dan pedagang yang berlaboh di pulau itu sering bertanya milik siapa kah labu tersebut . Penduduk pulau mengawan itu labu wan . Lama kelamaan lekat lah nama LABUAN sehingga ke hari ini yang diberi WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN , SABAH .

sambungan selepas ini ..

part 2..












Khamis, 20 Jun 2013

 KISAH PENJARA PUDU ..
baru koi tau ngape penjare pudu te di tutup...setelah bertaun2 penjare te menjadi tempat tahanan pesaloh2 menjalani hukuman bagi mereke yang melakukan pelbagei kesalohan dan ande gek hat memang tok bersaloh menjadi mangse keadaan...jadi koi nok bekongsi la ngan seme rodong2 dalang  ni al kisoh tempat besejaroh ni...

di ceritekan oleh sorang waden penjara di mane die telah d tugaskan hampir 5 tahun d blok bilik akhir.bilik akhir ni yelah bilik bagi mereke yang akan menjalani hukuman mandatori gantung sampai mati.akan tetapi setiap pesaloh masih ande peluang untuk bebas dari hukuman tali gantung sebelum sampei tarikh jatuh hukum tersebut dengan mendapat perintah dari mahkamah agung.jadi setiap pesaloh akan cuba mendapatkan rayuan dari pihok peguam mereke agar mereka mendapat keampunan dan terselamat dari tali gantung.kenape hukuman mandatori tersebut di nyatekan dalam ayatnyer te GANTUNG SAMPEI MATi tidok hukuman gantung jek...agok2 aokme seme tau dok SEBABNYER...ianyer berpunca berpuluh2 taun dulu ander hat pandiryer gi gantung kaki katas kepale kebawoh...da siak jalani hukuman te penjenayoh te boleh terus bebas dan balik umoh...mudoh jek alasan.doh siap doh hukuman gantung...sepe hat boleh pertikaikan hukuman te...mende betoi ye dak...jadi ahli yang bijok sane terpakse bubor semula undang2 tersebut.dan menggantikan yang sedie ande sekarang.

di blok akhir tersebut ande 10 bilik di mane di diami oleh sorang banduan setiap bilik.kenape tok letok 2 orang yek.boleh gek beborok dak...hehehe...bukan mende takut ande hat mati sebelom sampei tarikh.tau2 je lah...bilik nok nunggu mati...otok mesti dah jem bagi mereka hat tokleh terima kenyataan.kate dek orang te kepale masuk air...asei silap jek borok mboh d cekek nyer rodong sorang te...

apabile bilik nombor 1 siap jalani hukuman otometik bilik te kosong.jadi dalam mase seminggu perubahan akan berlaku...hat bilik nombor 2 ngesot ke bilik nombor 1...hat nombor 3 ngesot ke bilik nombor 2...dan begitulah seterusnyer...

pada suatu hari...selepas banduan bilik 1menjalani hukuman...warden blok akhir ni d arahkan mengemas semua barang2 milik pesalah d bungkus untuk d beri pada waris pesalah.sebagai waden yang dedikasi ia tidak pernah melalaikan perintah yang d arohkan oleh pegawai atasannyer.akan tetapi ada kes kecemasan membuatkan die tak sempat untuk mengemas pada waktu siang harinyer.terpakasa d tunda pada shif malam.

tepat 12 malam die pun terus pergi ke blok akhir.waktu tu semua banduan telah tido dan kawasan te memang sunyi seperti biase..tiba2 dia ternampok kelibat sekor kambing.kambing itu terus berjalan ke bilik nombor 1 tempat yang sepatutnyer die masuk untuk berkemas.dengan perasaan agok gemetor die terus berjalan pelahan2 keluor dan berjumpe pegawai atasannyer...

lalu d ceriatakan pada pegawai tersebut.akan tetapi pegawai tersebut mentertawakannyer terbahak2...lalu pegawai tersebut mengajaknyer pergi ke blok itu.setibanyer di blok akhir...pegawai tadi melompat terkejut pabila kambing tadi keluar dari bilik nombor 1.lalu pegawai itu lari lintang pukang balik ke pejabatnyer.dan di infokan pada setiap waden yang bertugas pada malam itu berkumpul d dewan.ia menceritakan hal yang telah berlaku.dengan kata sepakat mereka semua bersetuju untuk pergi bersama2 ke blok tersebut.

sampai tempat yang di tuju mereka semua nampak akan kambing tersebut.tapi yang peliknyer.kambing te duk keluo masuk depan muka pintu bilik 1 te.seolah2 mengajak mereka semua masuk.tak sorang pun yang brani.akhiryer waden yg di tugas mengemas barang te branikan diri untuk rapat ke bilik tersebut dan masuk dalam bilik .bila dia masuk bilik itu telah berubah keadaan menjadi seperti gua.dan di dalam gua itu berlonggok barang2 yang di perbuat dari emas...dia pun berlari keluar memberitahu waden2 yg lain.mereka semua pun melutu masuk sebab nok tengok betoi atau pun tidok.make berebut2lah semua waden nak mendapatkan barang2 emas itu.....................

TIBA....TIBA..............................

bertempik satu suara yang begitu amat kuat.........

HEI KAMU SEMUA....JANGAN KAU COBA UNTUK MENGAMBIL ITU HARTA.....

ITU HARTA BUKAN KAU YANG PUNYA...TAPIIIIIII....

AHMAD ALBAB YANG PUNYA.....HAHAHAHAHA

kan da kene pedooh

Rabu, 19 Jun 2013

MARI BERFIKIR .....

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." -berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." -Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." -merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." -pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

Isnin, 17 Jun 2013

BACA SAMBIL TERSENYUM ....

Penyakit TB ( takut Bini )

AL KISAH , Pada zaman dahulu kala , Seorang raja yang takut bini , telah memerintahkan sekelian rakyat nya , LELAKI sahaja , berkumpul disuatu tempat seumpama stadium sekarang . Titah Raja : Wahai sekelian rakyat beta , sesiapa yang takut bini , semua berkumpul disebelah kanan beta . Dan sebaliknya di kiri beta . Maka , tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran kesebelah kanan baginda , kecuali seorang sahaja sambil memeluk sebatang tiang .

Titah Raja : ( dalam hati ) Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini .
Titah Raja : Wahai saudara , ke mari menghadap beta .
Lelaki       : Tuanku lah kemari , ke tempat patik .
Titah Raja : Eh ! kamu lah kemari .
Lelaki        : Tuanku lah kemari .
Titah Raja : Heh ! Aku raja kamu . Kamu kemari .
Lelaki        : Tuanku lah kemari .
Titah Raja : ( dalam hati ) Tak apa , ilmu punya pasal beta pergi . Lalu baginda pun mencemar duli ke                                tempat lelaki tadi . sesampai sahaja di tempat lelaki tadi baginda pun bertitah .
Titah Raja : Apakah rahsia sebenar nya kamu tidak takut bini ?
Lelaki        : Errrrrrr.... sebenarnya tuanku , patik lah orang yang paling takut bini .
Titah Raja : Kan tadi beta telah arahkan , sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan beta . Kenapa kamu                            ingkar arahan beta .?
Lelaki       : Sebenar nya tuanku , ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya TUNGGU                                  DITIANG  INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG .!

Baginda hampir tergelak tetapi buat-buat murka lalu memerintah kan pengawal menangkap lelaki tersebut dan di hukum penjara kerana menipu raja .

Sekian cerita ini hanya lawak sahaja  .  



RAMADHAN AKAN MENJELMA LAGI ....

Alangkah bagus nya seandai nya di negara kita ada seperti ini ...


Menjelang Jun 2013 bersamaan 22 Rejab 1434, sebulan menjelang Ramadhan.

Saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan satu info menarik yang saya perolehi beberapa tahun lalu.

Sebuah institusi perbankan Islam di Indonesia, memberi bonus kepada staf-stafnya sebulan sebelum bulan Ramadhan.

Tujuannya adalah supaya para pekerjanya dapat membuat persiapan sambutan Aidil-Fitri lebih awal.

Kemudian, pada bulan Ramadhan mereka boleh fokus kepada amal ibadah yang besar fadhilatnya dan tidak perlu fikir tentang persiapan hari raya yang sudah disiapkan lebih awal.

Idea ini amat menarik untuk dipraktikkan.

Untuk kita mengharapkan agar majikan kita yang melakukannya mungkin agak sukar, tapi kita boleh mulakannya dengan diri kita sendiri.

Kita sendiri boleh menyusun atur jadual dan perancangan kewangan kita dari sekarang untuk membuat persediaan hari raya.

Cat rumah, baju raya, langsir raya, kuih raya dan segala macam persiapan raya boleh sediakan mulai sekarang. Di bulan ramadhan nanti, boleh fokus segala amal ibadat dari hari pertama hingga ke hujung Ramadhan.

Mudah-mudahan kita semua berjumpa dengan Ramadhan tahun ini dengan tenang.