BACA SAMBIL TERSENYUM ....
Penyakit TB ( takut Bini )
AL KISAH , Pada zaman dahulu kala , Seorang raja yang takut bini , telah memerintahkan sekelian rakyat nya , LELAKI sahaja , berkumpul disuatu tempat seumpama stadium sekarang . Titah Raja : Wahai sekelian rakyat beta , sesiapa yang takut bini , semua berkumpul disebelah kanan beta . Dan sebaliknya di kiri beta . Maka , tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran kesebelah kanan baginda , kecuali seorang sahaja sambil memeluk sebatang tiang .
Titah Raja : ( dalam hati ) Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini .
Titah Raja : Wahai saudara , ke mari menghadap beta .
Lelaki : Tuanku lah kemari , ke tempat patik .
Titah Raja : Eh ! kamu lah kemari .
Lelaki : Tuanku lah kemari .
Titah Raja : Heh ! Aku raja kamu . Kamu kemari .
Lelaki : Tuanku lah kemari .
Titah Raja : ( dalam hati ) Tak apa , ilmu punya pasal beta pergi . Lalu baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi . sesampai sahaja di tempat lelaki tadi baginda pun bertitah .
Titah Raja : Apakah rahsia sebenar nya kamu tidak takut bini ?
Lelaki : Errrrrrr.... sebenarnya tuanku , patik lah orang yang paling takut bini .
Titah Raja : Kan tadi beta telah arahkan , sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan beta . Kenapa kamu ingkar arahan beta .?
Lelaki : Sebenar nya tuanku , ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya TUNGGU DITIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG .!
Baginda hampir tergelak tetapi buat-buat murka lalu memerintah kan pengawal menangkap lelaki tersebut dan di hukum penjara kerana menipu raja .
Sekian cerita ini hanya lawak sahaja .
1 ulasan:
takut xdpt ada la....haahaahaa
Catat Ulasan